Cari @ Amanz

Microsoft sedia memperkenalkan Windows 10 Creators Update sebelum ini, dan ketika pengenalannya, Microsoft turut menekankan yang mana mereka akan mula menawarkan dua kemaskini besar pada setiap tahun. Hari ini, pada acara BUILD 2017, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi mengenai kemaskini seterusnya daripada mereka, yang mana akan dikenali sebagai Windows 10 Fall Creators Update.

Kemaskini baru ini akan menyertakan beberapa ciri-ciri baru, seperti Timeline yang akan memudahkan pengguna melihat fail atau laman web yang mereka telah buka atau gunakan sebelum ini. Ciri ini sangat berguna untuk tujuan perusahaan atau pendidikan, dimana anda boleh mencari kembali fail atau dokumen yang anda sedang buat beberapa hari lepas dengan mudah dan meneruskan kerja anda dengan mudah.

Windows 10 Timeline

Melengkapkan ciri ini adalah fungsi Pick Up Where You Left Off, dimana Microsoft menggunakan pembantu digital Cortana dalam membolehkan pengguna meneruskan penyuntingan atau kerja mereka menggunakan sesuatu dokumen pada peranti lain.

Windows 10 Timeline

Satu lagi ciri yang dipertontonkan oleh Microsoft pada Windows 10 adalah OneDrive Files on Demand yang membolehkan pengguna melihat fail dan dokumen pada simpanan OneDrive tanpa perlu memuat-turun atau menggunakan storan pada komputer anda. Ia hanya akan dimuat-turun apabila pengguna membuka ia sahaja.

Microsoft menjanjikan sebelum ini yang mana kemaskini Windows 10 akan hadir pada Mac dan September. Jadi, mungkin kita boleh nantikan bulan September ini untuk mencuba dan menggunakan Windows 10 Fall Creators Update ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd