Microsoft Story Remix Mungkin Adalah Pengganti Movie Maker Yang Dinantikan Ramai

Microsoft Story Remix Mungkin Adalah Pengganti Movie Maker Yang Dinantikan Ramai

Diterbitkan pada Mei 12, 2017 oleh .

Bagi anda yang gemar membuat penyuntingan video ringkas, mungkin sedikit merindui perisian Movie Maker daripada Microsoft. Kini, walaupun tidak dikatakan sebagai ganti untuknya, kini Microsoft hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan penyuntingan video, dinamakan sebagai Story Remix.

Melalui Story Remix, pengguna boleh merakamkan gambar dan video menggunakan sebarang peranti, dan seterusnya membuat penyuntingan terus melaluinya. Story Remix sendiri hadir dengan sokongan pembelajaran mesin dalam menjadikan sesuatu video secara automatik mengikut tema khusus – lebih kurang seperti aplikasi Quik, seterusnya membolehkan pengguna membuat penyuntingan tambahan, menambah gambar atau video, dan sebagainya.

Menariknya mengenai Story Remix ini adalah pengguna turut boleh menggunakan hasil 3D daripada Remix 3D atau Paint 3D, dan membuat animasi atau video khusus dengan menggunakan model 3D dan gabungkan ia dengan rakaman dunia nyata.

Story Remix ini dijangka hadir bersama-sama kemaskini Windows 10 Fall Creators Update dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN