Microsoft Memperkenalkan Antaramuka Baru “Project Neon” Sebagai Fluent Design System

Microsoft Memperkenalkan Antaramuka Baru “Project Neon” Sebagai Fluent Design System

Diterbitkan pada Mei 12, 2017 oleh .

Antaramuka baru sistem operasi Windows 10 telah tertiris beberapa kali sebelum ini dinamakan sebagai Project Neon. Hari ini, bersama-sama pengumuman Windows 10 Fall Creators Update, gergasi perkomputeran Microsoft turut mengambil peluang untuk mengumumkan rekabentuk antaramuka baru ini yang dinamakan sebagai Fluent Design System.

Fluent Design System

Fluent Design System

Fluent Design System

Melalui Fluent Design System, Microsoft menekankan yang mana ia adalah antaramuka yang dioptimasikan untuk pengalaman yang selari pada pelbagai jenis peranti. Ia juag dijangka memberikan pengalaman yang konsisten ketika menggunakan sebarang perisian – tidak kira saiz peranti, mahupun melalui set realiti-gabungan.

Microsoft menyediakan panduan penuh untuk antaramuka ini, termasuk dari segi animasi, rekaan, dan sebagainya supaya ia menarik pada paparan 2D mahupun 3D.

Pada hari ini, beberapa elemen rekaan ini telah mula diintegrasikan pada Windows Insider, dan beberapa aplikasi dalam Windows Insider. Kita akan dapat melihat implementasi awalnya pada Windows 10 Fall Creators Update – dan sekiranya beruntung, mungkin iTunes baru turut akan menggunakan elemen rekaan ini.

Layari : Microsoft Fluent Design System


TIPS & ULASAN