Cari @ Amanz

Siri Hitman terkenal kerana ia membenarkan pemain berfantasi menjadi Agent 47, pembunuh upahan terbaik di dunia. Setakat ini sembilan permainan dan dua buah filem telah dihasilkan berdasarkan permainan pembunuh botak dengan kod palang di kepala ini. Kini Hitman pula mungkin “dibunuh” kerana Square Enix mengumumkan mereka menarik diri dari studio IO Interactive yang menghasilkannya.

Jualan permainan Hitman tahun lalu kurang memberangsangkan dan ini membuatkan Square Enix bertindak untuk menjual studio yang berpangkalan di Denmark ini. Square Enix kini sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang  mungkin berminat membeli studio ini. Masa hadapan permainan Hitman kini di hujung tanduk sekiranya ia gagal mendapatkan pembeli. Sekiranya berlaku, sekurang-kurangnya Agent 47 mati kerana dijual dan bukannya dijerut dengan wayar piano.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd