Cari @ Amanz

Mengecas peranti pada waktu malam ialah aktiviti yang agak mencabar. Kabel sukar dilihat pada waktu malam dan sekiranya anda menggunakan peranti MikroUSB, memasukkan kabel ke dalam port pengecas perlu dilakukan beberapa kali kerana orientasi yang salah. Apple cuba menyelesaikan masalah ini dengan menghasilkan kabel pengecas dengan lampu LED terbina.

Sebuah paten difailkan oleh Apple baru-baru ini sebuah lampu LED pada bahagian kepala kabel. Dengan adanya lampu ini, tugas mencari kabel pada waktu malam akan menjadi lebih mudah. Selain menjadi sumber cahaya. LED terbina ini turut boleh menunjukkan tahap pengecasan dan juga notifikasi menggunakan warna lampu berbeza. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan wujud pada peranti keluaran Apple dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd