Kerangka Tahan Lasak Rasmi Untuk Xiaomi Mi 6 Dilancarkan

Kerangka Tahan Lasak Rasmi Untuk Xiaomi Mi 6 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 12, 2017 oleh .

Peranti dengan tubuh yang diperbuat daripada kaca kelihatan amat menarik dan seksi. Tetapi realitinya ialah bahan kaca ini kurang tahan lasak berbanding peranti dengan tubuh diperbuat daripada logam. Xiaomi Mi 6 ialah antara peranti yang menggunakan kaca pada panel belakang. Kerana ia peranti baru, mencari kerangka adalah agak sukar.

Oleh itu Xiaomi menghasilkan sendiri kerangka rasmi tahan lasak untuk peranti ini yang diperbuat daripada bahan silikon dan polikarbonat. Pada bahagian dalaman pula kain serat-mikro digunakan bagi mengelakkan panel kaca dari tercalar.  Tiga pilihan warna diberikan iaitu merah, hitam dan putih. Setiap satu dijual pada harga hanya RMB 49 (~RM 31) sebuah,


TIPS & ULASAN