Cari @ Amanz

Huawei Mate 9 di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam warna champage gold, space gray, mocha brown, moonlight silver dan ceramic white. Kemudian pada bulan Mac ia ditawarkan pula dalam warna hitam. Di China dua lagi pilihan warna diberikan.

Pilihan warna baru Mate 9 ini ialah agate red dan topaz blue. Tiada perubahan spesifikasi dan harga dilakukan. Ia masih dilengkapi skrin 5.9″ HD penuh, diperkasakan cip pemprosesan Kirin 960, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang berteknologi Leica – gabungan 20-Megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB manakala kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 4000mAh membekalkan sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd