Rekaan Vivo X9S Plus Tertiris – Hadir Dengan Dwi-Kamera Hadapan

Rekaan Vivo X9S Plus Tertiris – Hadir Dengan Dwi-Kamera Hadapan

Diterbitkan pada Mei 12, 2017 oleh .

Peranti dengan dwi-kamera selfie semakin banyak memasuki pasaran. Sebelum ini Vivo V5 Plus dilancarkan dengan kemampuan yang sana. Kini sebuah lagi peranti dengan dwi-kamera selfie bakal dilancarkan dan ia adalah Vivo X9S Plus selepas rekaannya tertiris menerusi laman TENAA.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.85″ OLED dengan resolusi HD Penuh, pemproses lapan teras 1.95 GHz, memori sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera belakang 16-Megapixel dan kamera hadapan berkembar 20+5 Megapixel dengan sokongan flash. Bateri sebesar 3920 mAh melengkapi spesifikasi. Vivo X9S Plus adalah peranti yang dijangka menggunakan pemproses baru Snapdragon 660.


TIPS & ULASAN