Alibaba Cloud, perkhidmatan perkomputeran awan yang dimiliki oleh syarikat disebalik gergasi e-dagang China, iaitu Alibaba, hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membuka sebuah pusat data di Malaysia kelak pada tahun ini.
Dengan membuka pusat data di Malaysia, ia akan menambah lagi capaian penawaran pusat data mereka di seluruh dunia, selain di Singapura, Hong Kong, China, Jepun, US, Eropah, dan beberapa negara lain.
Menurut Alibaba, ia akan menjadi pusat data pertama dengan penawaran perkomputeran awam terbuka pada peringkat global di Malaysia. Penyedia lain seperti masih belum membukanya di Malaysia buat masa ini, dan lebih tertumpu di Singapura.
Pembukaan pusat data ini hadir lanjutan daripada pengumuman kerjasama pihak Alibaba dan kerajaan Malaysia dibawah program eWTP (Electronic World Trade Platform) yang ingin menjadi hab sambungan antara China dan dunia global melalui Malaysia. Seperti ramai sedia maklum, dengan arena perkomputeran awan dan big-data, permintaan untuk pusat data dijangka akan meningkat, selain akan menguntungkan lagi ekonomi digital tempatan.