Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Apple pada bulan Mei lepas telah mengumumkan yang mana Apple akan membuat pelaburan sekurang-kurangnya $1 bilion pada syarikat Amerika dalam membawa kembali pengeluaran di Amerika Syarikat, dan pada masa yang sama menghasilkan pekerjaan disana.
Terkini, Apple melalui dana geran berkenaan, memilih Corning sebagai penerima pertama dibawah Advanced Manufacturing Fund, memberikan pengeluar skrin kaca untuk iPhone dan iPad berkenaan sebanyak $200 juta.
Corning merupakan rakan kerjasama Apple yang sekian lama, bakal menggunakan wang tunai berkenaan untuk teknologi berkaitan pemprosesan kaca. Sebahagian daripada dana berkenaan turut akan digunakan untuk tujuan kajian dan pembangunan. Untuk makluman, Corning bekerjasama dengan Apple sekitar 10 tahun lepas bermula daripada iPhone pertama.
Apple turut mengatakan mereka kini menyokong lebih 2 juta pekerjaan di Amerika Syarikat, dan kerjasama dengan Corning ini sendiri membuka peluang kepada lebih 1,000 pekerjaan.