Carian
Altimet Membuat Pelaburan Pada Platform Logistik Pintar, Dego
May 13, 2017 Aman

Altimet merupakan salah seorang yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah-air. Terkini, dengan perkembangan teknologi, Altimet turut memperluaskan portfolio beliau, dan telah membuat pelaburan pada perkhidmatan logistik pintar, Dego.

Dego, sejak beberapa bulan lepas, sering diperkatakan kerana penawaran perkhidmatan “teksi-motosikal” yang ditawarkan dan menjadi kontroversi. Walaubagaimanapun, laman Dego kini dilihat telah dikemaskini dan lebih memfokuskan kepada perkhidmatan logistik.

Melalui Dego, sesiapa sahaja boleh membuat tempahan penghantaran barangan sekitar Lembah Klang, dan memantau ia secara masa-nyata sehingga penghantaran berkenaan selesai. Dego juga tidak terhad kepada penghantaran menggunakan kenderaan dua roda sahaja, tetapi juga menyokong penghantara menggunakan kenderaan 4 roda.

Bercakap mengenai pelaburan di Dego ini, Altimet atau nama sebenar beliau, Ahmad Abdul Rahman mengatakan menyokong produk keluaran tempatan sentiasa merupakan tulang belakang beliau. Pelaburan pada aplikasi pintar adalah untuk masa depan beliau, malah ia merupakan salah satu cara untuk terus mempertingkatkan nilai dan pelaburan.

Pada masa yang sama, data yang dikumpulkan oleh aplikasi Dego ini seperti ke mana pengguna bergerak atau menghantar barang ini membuatkan beliau percaya yang mana data berkenaan perlulah dimiliki oleh rakyat Malaysia sepenuhnya.

Komen