SKMM : Tiada Serangan Ransomware “WannaCry” Dilaporkan Di Malaysia Setakat Ini

SKMM : Tiada Serangan Ransomware “WannaCry” Dilaporkan Di Malaysia Setakat Ini

Diterbitkan pada Mei 13, 2017 oleh .

Serangan ransomware “WannaCry” sejak lewat malam tadi dikatakan telah menyerang sekitar lebih 100 buah negara, dimana melalui serangan berkenaan, ia menghalang akses kepada fail dan dokumen pada sesuatu komputer, sekaligus meminta pengguna membuat pembayaran sebelum memberikan akses kepadanya.

Serangan ini memfokuskan kepada pengguna Windows, terutamanya versi lama serta tidak menggunakan perisian sekuriti terkini. Serangan tersebut kini telah dikawal, tetapi tidak mustahil variasi serangannya hadir dalam waktu terdekat daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Bercakap mengenainya, SKMM mengatakan sehingga 10 pagi hari Sabtu ini, tiada sebarang serangan yang dilaporkan di Malaysia. Seperti biasa, SKMM sedang terus memantau perkara ini bersama agensi berkuasa yang lain.

SKMM turut menasihatkan pengguna supaya mengemaskini perisian mereka kepada versi terkini, memastikan sokongan anti-malware terpasang, serta membuat salinan pendua untuk data-data penting mereka. Seperti biasa, pengguna juga dinasihatkan tidak klik pada sebarang pautan yang mencurigakan dan melaporkan sebarang insiden terus kepada pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN