Toyota Membuat Pelaburan Dalam Projek Pembangunan Kereta Terbang

Toyota Membuat Pelaburan Dalam Projek Pembangunan Kereta Terbang

Diterbitkan pada Mei 15, 2017 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat beberapa projek berkaitan kereta terbang – termasuk Uber sendiri yang turut membuat pelaburan ke arena berkenaan. Kini, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota turut tidak ingin ketinggalan dan dilihat menyokong sejumlah anak muda dalam syarikat berkenaan yang sedang membangunkan projek kereta terbang pada masa terluang mereka.

Pasukan yang dinamakan sebagai Cartivator ini telah dimulakan sekitar tahun 2012 yang lepas, dimana ketuanya, Tsubasa Nakamura memenangi pertandingan perniagaan, sekaligus memulakan pembangunan projek kereta terbang ini. Cartivator juga terdiri daripada sekitar 30 orang ahli kumpulan yang menggunakan masa terluang mereka untuk pembangunannya.

Kini, Toyota bersetuju untuk membuat pelaburan sekitar 40 juta yen pada Cartivator, sekaligus membantu mereka dalam menjayakan projek berkenaan.

Cartivator merancang untuk hadir dengan prototaip menjelang penghujung 2018 kelak. Mereka turut berharap agar dapat komersialkan ia sekitar 2020 bersempena dengan Sukan Olimpik yang bakal diadakan di Tokyo.


TIPS & ULASAN