Keluarga Peranti Motorola Yang Diperkatakan Bakal Hadir Pada 2017 Tertiris Ke Arena Web

Keluarga Peranti Motorola Yang Diperkatakan Bakal Hadir Pada 2017 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mei 15, 2017 oleh .

Motorola sejak beberapa tahun ini dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran keluarga Moto E, Moto G, dan juga Moto Z. Kini, dibawah Lenovo, perkara tersebut dijangka berubah. Melalui sebuah gambar baru yang diperkatakan merupakan keluarga peranti Motorola yang bakal hadir pada 2017 ini, ia memperlihatkan Motorola akan menawarkan sejumlah lima keluarga, iaitu Z, X, G, E dan juga C.

Moto 2017

Keluarga peranti ini terdiri daripada penawaran ciri asas, sehinggalah kepada ciri paling berkuasa. Keluarga Moto C dilihat memfokuskan kepada penawaran telefon pintar asas, hadir dalam dua variasi iaitu Moto C dan Moto C Plus, dan skrin bersaiz 5-inci.

Moto E pula memfokuskan kepada penawaran nilai yang baik dengan spesifikasi asas. Moto E turut hadir dengan dua variasi E dan E Plus, dan menariknya, keluarga E Plus dilihat turut menyertakan bateri berkapasiti 5000mAh.

Moto G pula memfokuskan kepada penawaran premium, dan berbeza dengan Moto G5 sebelum ini, gambar tertiris ini melabelkan ia dengan nama Moto GS dan juga Moto GS+.

Moto X pula ingin menawarkan ciri lengkap untuk telefon pintar. Mengikut desas-desus, ia dijangka turut menyertakan sokongan kalis air bersama dengannya, selain dijana menggunakan cip Snapdragon 660.

Dan paling berkuasa sekali adalah keluarga Moto Z, dimana hadir dalam variasi Moto Z Play dan Moto Z Force. Kedua-duanya hadir dengan sokongan Moto Mods, serta pengawaran bersepesifikasi tinggi.

Peranti Moto M tidak diperlihatkan pada gambar yang tertiris ini – dikatakan berkemungkinan kerana penawaran peranti tersebut bukan di semua negara, tetapi pada hanya beberapa negara terpilih sahaja.

Jadi, dengan gambar tertiris ini, mungkinkah kita akan melihat pengenalan peranti Motorola baru ini dalam masa terdekat?


TIPS & ULASAN