Carian
Microsoft Ingin Membangunkan Pengalaman Permainan Sosial Untuk Realiti-Gabungan
May 15, 2017 Aman

Microsoft pada acara BUILD 2017 memberikan banyak penekanan kepada arena realiti-gabungan, termasuk mengumumkan antaramuka yang mesra realiti-gabungan, selain sebuah alat kawalan khusus untuknya.

Terkini, pasukan disebalik Xbox Mixed Reality mencari mereka yang pakar untuk membangunkan sebuah permainan arena realiti-gabungan yang memberikan pengalaman sosial baik sama ada melalui PC ataupun konsol.

Memandangkan pencarian pekerja ini baru sahaja dilakukan, maka ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum permainan berkenaan diperkenalkan atau ditawarkan kepada umum.

Microsoft sendiri dijangka berkongsi lanjut mengenai arena realiti-gabungan mereka melalui Xbox Project Scorpio pada bulan hadapan ketika acara E3 2017. Berkemungkinan, kita akan mendengar beberapa konsep permainan dan sebagainya ketika acara berkenaan.

Selain Microsoft, pihak Facebook juga turut menekankan kepada arena sosial melalui realiti-maya, dan telah memperlihatkan konsep Facebook VR mereka sebelum ini.

https://twitter.com/h0x0d/status/862809141047287808

Komen