Bateri Peranti Pintar Yang Dicas Dalam Masa Hanya 5 Minit Mungkin Hadir Seawal 2018

Bateri Peranti Pintar Yang Dicas Dalam Masa Hanya 5 Minit Mungkin Hadir Seawal 2018

Diterbitkan pada Mei 15, 2017 oleh .

Tumit Achilles peranti pintar di pasaran sekarang ialah bateri yang memerlukan masa yang lama untuk dicas. Pengecasan paling pantas buat masa ini masih memerlukan lebih daripada sejam untuk mengecas bateri dengan kapasiti 3000 mAh. Tetapi teknologi pengecasan pantas yang hanya mengambil masa lima minit mungkin hadir seawal 2018.

StoreDot ialah teknologi pengecasan pantas yang pernah kami laporkan pada tahun 2015. Doron Myersdorf, ketua eksekutif syarikat ini di dalam sebuah temubual bersama BBC mengumumkan teknologi pengecasan adi-pantas mereka ini sudah sedia digunakan tahun hadapan. Pengecasan pantas ini memang akan menjimatkan tempoh menanti peranti dicas tetapi dari pengalaman peribadi membuatkan hayat bateri berkurangan dengan pantas.

Tidak diketahui sama ada masalah ini sudah berjaya diatasi. Pada waktu yang sama faktor keselamatan juga pastinya perlu diambil kira selepas beberapa insiden bateri meletup sepanjang tahun lalu.


TIPS & ULASAN