Navigasi Pada Google Maps Kini Turut Memperlihatkan Gambar Dari Rakaman Street View

Diterbitkan pada Mei 15, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google MapsGoogle Malaysia sedia merakamkan majoriti daripada jalan raya utama sekitar Malaysia, dan kini ia turut diintegrasikan pada sokongan navigasi di Google Maps. Melaluinya, pengguna kini boleh melihat gambar jalan raya yang dituju mereka dengan lebih jelas, sekaligus mengelakkan mereka memandu ke jalan yang salah.

Apabila membuat carian navigasi, kini pengguna boleh melihat kepada arah laluan, dan ia akan turut memperlihatkan gambar-gambar jalan raya yang akan dituju oleh pengguna. Memandangkan ia menarik data daripada Google Street View, maka pengguna turut boleh klik untuk mengaksesnya dan melihatnya pada gambaran 360-darjah.

Buat masa ini, ciri ini hanya hadir pada aplikasi Google Maps pada Android sahaja, dan tidak mustahil kita melihatnya pada versi iOS tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami