Cari @ Amanz

Microsoft telahpun menamatkan sokongan untuk sistem operasi Windows XP tiga tahun yang lalu, akan tetapi, serangan ransomware WannaCrypt yang telah melumpuhkan beberapa sistem kritikal pelbagai institusi di serata dunia, termasuklah National Health Service di UK.

Terkini, nampaknya Microsoft telahpun mengambil langkah untuk mengemaskini beberapa sistem operasi yang sudah tamat tempoh sokongannya, termasuklah Windows XP, Windows 8 dan Windows Server 2003.

Menurut Microsoft, jika anda masih menggunakan sistem operasi itu dan menunggu untuk memuat turun kemaskini tersebut, ada beberapa langkah anda boleh lakukan untuk mengelak daripada diserang oleh ransomware tersebut. Ini termasuklah mematikan sokongan SMBv1 seperti yng ditunjukkan oleh mereka, ataupun memastikan trafik SMB dari port 445 dihalang dari memasuki sesawang anda.

Jika anda masih lagi menggunakan Windows XP ataupun Windows 8, tetapi belum mengemaskini perisian anda, anda boleh melawat laman web Microsoft untuk memuat-turun kemaskini keselamatan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd