FilmLab – Aplikasi Mengubah Negatif Filem Menjadi Gambar Digital

FilmLab – Aplikasi Mengubah Negatif Filem Menjadi Gambar Digital

Diterbitkan pada Mei 15, 2017 oleh .

Bagi mereka yang sudah berusia, mereka pasti pernah mengambil gambar menggunakan filem. Negatif filem yang telah diproses kemudian disimpan untuk kegunaan “mencuci” gambar di masa hadapan. Tetapi sejak akhir-akhir ini kami menyedari kedai yang boleh memproses negatif filem sudah berkurangan kerana kepopularan kamera digital. Akibatnya negatif filem tidak dapat digunakan untuk mencetak gambar baru.

Oleh itu aplikasi FilmLab dihasilkan. Menerusi aplikasi ini pengguna boleh mengambil gambar negatif filem dan ia secara automatik mengubahnya menjadi gambar berwarna yang boleh disimpan secara digital. Ini kemudian boleh dimuat naik untuk simpanan di media sosial atau dicetak di kedai gambar berhampiran. Aplikasi Android dan iOS menarik ini sedang mengumpul dana untuk dibangunkan menerusi Kickstarter. Ia boleh disokong dengan bayaran bermula $18 (~RM 78).


TIPS & ULASAN