MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga Serendah RM30 Untuk Tempoh Terhad

MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga Serendah RM30 Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Mei 15, 2017 oleh .

Pemilihan domain merupakan salah satu perkara paling penting dalam pemilikan identiti digital masa kini. Anda mungkin sudah mendaftarkan akaun rangkaian media sosial anda namun bagaimana dengan domain ? Jika anda selalu berkira-kira untuk mendapatkan domain .my, kini adalah masa yang terbaik untuk memilikinya.

Bermula 11 Mei, MYNIC sedang mengadakan kempen promosi #HARGAGILERRRCRAZY bagi memudahkan anda mendapatkan domain .my dengan diskaun yang cukup tinggi. Menerusi promosi ini, anda boleh mendapatkan diskaun sehkngga 75% untuk pendaftaran domain baru. Sekiranya domain .my biasanya dijual dalam lingkungan harga RM120, dengan promosi ini anda boleh mendapatkan domain .my pada harga RM30.

Jika anda sudah memiliki domain .my, anda boleh membuat pembaharuan domain tersebut pada harga RM 60. Dengan harga yang ditawarkan ini, anda sudah boleh membuat penjimatan berkali-ganda berbanding melakukan pembaharuan pada harga asal.

Walaubagaimanapun, pengiraan oleh MYNIC dilihat sedikit berbeza pada percubaan kami. Diskaun diberikan berbeza mrngikut tahun pendaftaran. Daripada percubaan kami, pendaftaran untuk tempoh dua tahun memaparkan harga sekitar lebih RM90. Walaubagaimanapun, harga berkenaan boleh dikatakan masih murah jikalau dibandingkan harga pendaftaran biasa yang mencapai RM120 setahun.

Selain untuk domain .my, kedua-dua promosi diatas turut sah digunakan untuk domain .com.my, .org.my, dan juga .net.my sehingga 25 Mei 2017. Anda boleh mendapatkan promosi ini menerusi laman web www.ichoose.my atau menerusi agen jualan MYNIC yang terlibat.

Beli domain .my: iChoose.my & agen penjual domain .my


TIPS & ULASAN