(Ura-Ura) Asus Mungkin Menghentikan Pembangunan Jam Tangan Android Wear, ZenWatch

(Ura-Ura) Asus Mungkin Menghentikan Pembangunan Jam Tangan Android Wear, ZenWatch

Diterbitkan pada Mei 16, 2017 oleh .

Permintaan untuk jam tangan pintar adalah tidak begitu tinggi jikalau dibandingkan dengan peranti-peranti pintar yang lain. Perkara ini membuatkan beberapa pengeluar turut melihat kembali kepada pembangunan dan pengeluaran jam tangan pintar masing-masing. Terkini, menurut laporan Digitimes, ia dikatakan Asus turut akan menghentikan pembangunan siri jam tangan pintar berasaskan Android Wear mereka, yang mana dikenali sebagai ZenWatch.

Asus sebelum ini telah hadir dengan tiga generasi ZenWatch, dan ZenWatch 3 telah diperkenalkan pada bulan November yang lepas. Menurut laporan yang hadir, ia dikatakan Asus hanya mengeluarkan sekitar 6,000 unit sebulan, dimana angka berkenaan boleh dilihat sangat sedikit jikalau dibandingkan dengan pelbagai pengeluar diluar sana seperti Apple, Fitbit, Samsung dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ini hanya sekadar desas-desus sahaja, dan tiada pengesahan rasmi daripada Asus buat masa ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda sering ternampak rakan-rakan yang menggunakan jam tangan pintar Asus ZenWatch ini?


TIPS & ULASAN