Cari @ Amanz

Googe I/O bakal diadakan pada minggu ini, dimana sejumlah perkara baru dijangka akan diumumkan oleh Google ketika acara berkenaan. Salah satu pengumuman yang dijangka dilakukan oleh gergasi carian internet berkenaan adalah berkaitan dengan pembantu digital maya mereka, Google Assistant.

Google Assistant

Google sebelum ini telah memperkenalkan Google Assistant secara rasminya pada Google I/O yang lepas, dan untuk tahun ini, mereka dijangka akan mengumumkan penawaran perkhidmatan berkenaan untuk peranti iOS. Untuk peranti Android sendiri, bukan semua yang menawarkannya, membuatkan tidak semua pengguna Android yang mengetahui atau menggunakannya.

Menurut Android Police, buat masa ini ia adalah pasti dimana Google merancang untuk memperkenalkan Google Assistant untuk iOS – tetapi latar masa pengenalannya masih menjadi tanda tanya lagi. Google dikatakan mungkin akan memperkenalkan Google Assistant untuk iOS sebagai sebuah aplikasi berasingan, dan mungkin terhad untuk Amerika Syarikat sahaja ketika pengenalan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd