U Mobile Melancarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM78 Sebulan

U Mobile Melancarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM78 Sebulan

Diterbitkan pada Mei 16, 2017 oleh .

Jika minggu lalu kita dapat dengar pelbagai kemaskini dari syarikat telekomunikasi baik dari segi tawaran dan teknologi, hari ini U Mobile telah mengumumkan pelan pascabayar terbaru mereka iaitu Unlimited Hero P78.

Mengekalkan tradisi mereka yang membawakan pelan yang relevan dan membawakan pelbagai nilai, pelan Unlimited Hero P78 membawakan data berkelajuan tinggi tanpa had, dengan kuota 10GB dengan kekangan kelajuan 5 Mbps yang boleh digunakan untuk tujuan mobile hotspot, serta kuota 5GB data berkelajuan tinggi untuk tujuan perayauan Roam-Onz di 12 negara. Ini adalah berbeza dengan Data Backpack dimana Data Backpack menggunakan kuota data anda sementara Roam-Onz merupakan kuota tersendiri yang memberikan anda lebih data sewaktu melakukan perayauan.

Antara negara-negara yang menyokong perayauan U Mobile Roam-Onz termasuklah Australia, Korea Selatan, Singapore, Indonesia, dan pelbagai lagi. Roam-Onz turut tersedia untuk pelan-pelan lain, dengan pilihan kuota sebanyak 5GB atau 8GB.

Selain dari itu, pelanggan pelan ini juga boleh melakukan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian namun terdapat caj untuk penghantaran SMS. Fungsi-fungsi lain seperti App-Onz, Video-Onz, Music-Onz serta penggunaan data untuk Waze percuma turut tersedia untuk pelan ini.

Bagi melanggan pelan Unlimited Hero P78, anda boleh hadir ke cawangan atau agen berdaftar U Mobile terdekat, atau melakukan penukaran atas talian di laman web mereka.

Maklumat lanjut: U Mobile Unlimited Hero P78


TIPS & ULASAN