HTC Memperkenalkan HTC U11 – Hadir Dengan Ciri Tambahan Melalui “Genggaman”
HTC

HTC Memperkenalkan HTC U11 – Hadir Dengan Ciri Tambahan Melalui “Genggaman”

Diterbitkan pada Mei 16, 2017 oleh .

HTC hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang turut menjadi kemaskini untuk HTC 10 sebelum ini, dinamakan sebagai HTC U11. Bagi anda yang mengikuti pelbagai kemaskini semasa berkaitan dengan HTC, mungkin sedia maklum yang mana pelbagai ketirisan telah hadir sebelum ini memperlihatkan peranti ini.

HTC U11

HTC U11

HTC U11 ini memfokuskan kepada penawaran bahagian bingkai dengan sensor tambahan, dimana pengguna boleh menggunakan genggaman untuk membuat beberapa perkara – seperti merakamkan gambar, mengakses aplikasi dengan pantas, atau turut untuk mengakses pembantu maya digital pintar seperti Google Assistant. Pada telefon pintar ini, HTC mengintegrasikan kedua-dua pembantu maya digital popular, iaitu Google Assistant dan juga Alexa.

HTC U11

HTC U11

HTC U11 mengekalkan bentuk rekaan yang diperkenalkan oleh HTC melalui siri-U sebelum ini. HTC memanggilnya sebagai “Liquid Surface“. Melaluinya, ia memaparkan refleksi cahaya pada kerangka belakang, menjadikan ia berbeza-beza mengikut dari sudut mana anda melihatnya. Menariknya, ia juga turut membawakan sokongan kalis air terbina – sekaligus membolehkan anda menggunakannya walaupun ketika hujan, atau di tepi pantai tanpa risau ia akan rosak.

HTC U11 juga diberi penekanan melalui sokongan kameranya. Bercakap mengenainya sendiri, HTC mengatakan HTC U11 menerima skor DXOMark sebanyak 90, sekaligus memposisikan ia pada kedudukan paling tinggi – mendahului Google Pixel mahupun Samsung Galaxy S8.

HTC U11

Dari segi spesifikasi, HTC U11 hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi QHD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835, memori dalam pilihan 4GB RAM atau 6GB RAM, serta storan dalam pilihan 64GB atau 128GB. HTC U11 menggunakan storan berasaskan UFS 2.1 bersama-sama dengannya dalam menawarkan kemudahan pembacaan dan penulisan yang laju. HTC U11 ini dilihat menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7 dan juga kamera hadapan 16-megapixel f/2.0. Melengkapkan peranti ini juga kebolehan rakaman audio 360-darjah, sekaligus menawarkan hasil rakaman yang baik melaluinya. Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, tiada sokongan bicu audio 3.5mm pada peranti ini, dan pengguna perlu menggunakan ia bersama fon kepala berasaskan USB-C.

HTC U11

HTC U11

HTC U11 akan ditawarkan dalam pilihan warna perak, biru, hitam, putih dan juga merah bermula bulan Mei ini. Penawaran HTC Malaysia untuk peranti ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

HTC U11


TIPS & ULASAN