Samsung Telah Menjual Lebih 5 Juta Telefon Galaxy S8 Dan Galaxy S8+ Setakat Ini

Samsung Telah Menjual Lebih 5 Juta Telefon Galaxy S8 Dan Galaxy S8+ Setakat Ini

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Pada tahun ini, salah satu peranti yang mencuri perhatian ramai adalah Galaxy S8 daripada Samsung. Ia menawarkan rekaan yang sangat menarik melalui penawaran nisbah skrin kepada bingkai yang sangat tinggi. Galaxy S8 hadir dalam dua variasi saiz – iaitu versi biasa dengan skrin 5.8-inci dan juga Galaxy S8 Plus dengan skrin 6.2-inci.

Di Malaysia, ia telah mula dijual sejak beberapa minggu lepas, tetapi pada peringkat global sejak 21 April. Berkongsi mengenai statistik semasa dalam tempoh kurang sebulan, Samsung kini dikatakan telah menjual lebih 5 juta unit peranti tersebut.

Angka ini semestinya salah satu pencapaian yang tinggi daripada Samsung, apatah lagi sejak mereka menghadapi krisis Galaxy Note 7 pada tahun lepas.

Selain angka jualan berdasarkan kepada pengaktifan peranti, Samsung turut dikatakan telah mengeluarkan lebih 10 juta peranti Galaxy S8 setakat ini.


TIPS & ULASAN