Cari @ Amanz

Ace Combat 7 : Skies Unknown ialah permainan yang amat kami nantikan kemunculannya kerana sudah bertahun tidak hadir pada konsol PlayStation. Permainan ini diumumkan untuk PlayStation 4, PC dan Xbox One tahun lalu dan pada asalnya akan dilancarkan pada tahun ini.

Berita buruk pagi ini bagi peminat sisi pertempuran udara ini ialah AC7 akan ditangguhkan pelancarannya ke tahun hadapan. Pengumuman penangguhan dilakukan oleh editor AC7 Kazutoki Kono menerusi laman Bandai Namco semalam. Penggunaan enjin baru Unreal Engine 4 dan pembangunan untuk PC menyebabkan kelewatan ini berlaku. Ini berita yang kurang baik tetapi Bandai Namco berjanji akan memperlihatkan demo AC7 di acara E3 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd