Samsung Galaxy S8 Edisi Pirates Of The Carribean Akan Dilancarkan

Samsung Galaxy S8 Edisi Pirates Of The Carribean Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Telefon pintar edisi khas dihasilkan bagi meraikan acara tertentu. Apple melancarkan iPhone 7 Product Red bagi mengutip dana mencari penawar kepada penyakit AIDS. Samsung pula pernah menghasilkan Galaxy S7 Edge edisi Batman beberapa tahun lalu. Kini sempena pelancaran filem terkini siri Pirates of Caribbean, Samsung Galaxy S8 edisi khas bakal dilancarkan.

Samsung Galaxy S8 edisi Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales ini hadir dengan kerangka khas dan sebentuk cincin. Apabila kerangka digunakan, tema antaramuka peranti akan berubah. Harga jualah di China ialah hanya RMB 300 (~RM 188) untuk dua aksesori tambahan ini dan ia bakal dijual bermula Jun hadapan.


TIPS & ULASAN