Carian
(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 8 Bakal Dilengkapi Dwi-Kamera Dengan Zoom Optikal 3X
May 17, 2017 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia tidak mengikut trend semasa kerana tidak dilengkapi sistem dwi-kamera. Kamera yang digunakan tidak mempunyai peningkatan yang ketara dari segi spesifikasi. Ramai yang menantikan peranti utama Samsung dengan sistem kamera berkembar.

Ura-ura terkini dari Korea Selatan mengatakan Samsung Galaxy Note 8 akan dilengkapi sistem dwi-kamera. Sebuah sensor 12-Megapixel akan dipadankan dengan sensor 13-Megapixel dengan lensa telefoto. Sensor kedua ini dipercayai akan mempunyai kemampuan zoom optikal sehingga 3X.

Bagi yang tidak sabar menantikan kamera dwi-kamera dari Samsung, Samsung Galaxy C10 dipercayai akan menjadi peranti pertama mereka dengan sistem ini. Peranti kelas pertengahan ini bakal dilancarkan untuk pasaran China dalam masa terdekat.

Komen