Apple Store Singapura Akan Dibuka Pada 27 Mei Ini

Apple Store Singapura Akan Dibuka Pada 27 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Apple Store pertama di rantau Asia Tenggara akan akhirnya membuka pintu secara rasmi pada 27 Mei ini. Apple Orchard yang terletak di Orchard Road ini sudah dalam pembinaan untuk tempoh yang lama dan mengalami beberapa kelewatan. Hanya beberapa minggu sahaja yang lalu perancah di luar kedai dibuka sekaligus memberikan petunjuk ia semakin hampir untuk dibuka.

Apple Store pertama ini unik kerana menggunakan sumber tenaga solar sepenuhnya. Ini adalah usaha Apple untuk mengurangkan impak kesan rumah hijau dan telapak karbon yang dikeluarkan oleh mereka. Adakah di kalangan pembaca Amanz akan menghadiri pembukaan kedai ini kelak?


TIPS & ULASAN