Carian
Tencent Ingin Membangunkan “Taman Industri Bertemakan E-Sukan”
May 17, 2017 Aman

Tencent merupakan salah satu gergasi internet dari China yang tidak asing lagi. Mereka sedia mempunyai WeChat dibawah penawaran mereka, selain sejumlah jenama permainan seperti Clash of Clans, League of Legends dan sebagainya. Terkini, dalam terus memfokuskan kepada arena e-sukan, Tencent mengumumkan yang mana mereka akan membangunkan sebuah “taman industri bertemakan e-sukan” di Wuhu, China.

Melalui “taman industri bertemakan e-sukan” ini, Tencent ingin menyertakan sejumlah fasiliti dan kemudahan di dalamnya, termasuk komuniti untuk teknologi awan, taman kreativiti, universiti permainan, dan sebagainya. Tidak mustahil juga kita melihat pelbagai pertandingan e-sukan diadakan di sana selepas pembangunannya selesai sepenuhnya.

Dengan pembangunan taman khusus untuk e-sukan ini, ia memperlihatkan komitmen tinggi pihak Tencent dalam arena e-sukan ini. Ia juga secara tidak langsung membolehkan duit yang dijana melalui arena e-sukan turut disalurkan untuk pembangunan bandar dan komuniti.

Komen