Cari @ Amanz

Pelbagai desas-desus baru sedia hadir mengatakan Apple bakal hadir dengan iPhone 8 yang menggunakan panel OLED pada tahun ini. Kini, selain daripada Apple, ia dilaporkan hari ini yang mana LG turut akan menggunakan panel OLED pada telefon pintar akan datang mereka, LG V30.

Selain pada LG V30, pengeluar peranti dari Korea Selatan tersebut juga dijangka akan menggunakan panel OLED pada LG G7 tahun hadapan. Buat masa ini, LG masih bergantung kepada panel berasaskan LCD pada telefon pintar mereka.

Dalam arena penggunaan panel OLED sendiri, Samsung sedia mendahului dan menggunakan panel OLED pada majoriti telefon pintar mereka. Dengan penyertaan LG dan Apple pada arena sama, mungkin kita akan melihat lebih ramai menyertai dan menggunakan panel OLED pada telefon pintar akan datang mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd