Beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar mengenai Huawei yang bakal hadir dengan beberapa komputer berasaskan Windows 10. Kini, lanjutan daripadanya, Huawei dilihat menjadualkan sebuah acara khas pada minggu hadapan, 23 May di Jerman, dimana pengeluar China berkenaan dijangka mengumumkan siri Huawei MateBook terbaru mereka.
Menurut apa yang tertiris sebelum ini, ia dikatakan Huawei bakal hadir dengan tiga komputer berasaskan Windows 10, iaitu MateBook D, MateBook E dan juga MateBook X.
MateBook E dijangka menawarkan peranti dua-dalam-satu seumpama Surface yang boleh dihubungkan ke papan kekunci, sementara MateBook X dan MateBook D pula dilihat akan menawarkan komputer riba sepenuhnya. Kita mungkin akan melihat ia menggunakan cip Intel, selain dilengkapi sistem operasi Windows 10 terkini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan diberikan oleh Huawei melalui penawaran MateBook mereka ini.