Google Mungkin Memperkenalkan Peranti Realiti-Maya Kendiri Pada Google I/O

Google Mungkin Memperkenalkan Peranti Realiti-Maya Kendiri Pada Google I/O

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Google I/O, acara tahunan memfokuskan pembangun daripada Google bakal diadakan pada awal pagi esok, dimana Google dijangka berkongsi beberapa perkara – daripada Android, sehinggalah kepada penawaran Google Cloud dan sebagainya. Beberapa info awal mengenai apa yang bakal diumumkan oleh Google sedia dikongsikan sebelum ini, dan kini laporan daripada Variety mengatakan Google bakal melancarkan sebuah set realiti-maya yang beroperasi kendiri pada acara berkenaan.

Dengan beroperasi secara kendiri, ini bermakna set realiti-maya ini tidak akan memerlukan pengguna menghubungkan ia kepada komputer atau telefon pintar sebelum dapat menggunakannya.

Google dikatakan sedia membangunkan set realiti-maya ini sejak setahun yang lepas, dimana ia menyertakan sejumlah sensor untuk pemantauan gerakan bagi menawarkan pengalaman yang baik. Sumber yang sama juga turut menekankan yang mana terdapat kemungkinan Google membatalkan pengumuman set realiti-maya berbentuk kendiri ini secara umum, dan sekadar memperlihatkan ia dikalangan sejumlah pembangun terpilih sahaja.

Selain daripada Google, Facebook juga sedang membangunkan set realiti-maya berbentuk kendiri mereka tersendiri.

Dengan penawaran set realiti-maya penuh berbentuk kendiri ini, ia akan memudahkan lagi Google mempromosikan arena realiti-maya dengan ciri-ciri yang menyeluruh dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum set berkenaan hadir ke tangan pengguna sekiranya dijual – apatah lagi kita di Malaysia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal ditawarkan oleh Google pada Google I/O 2017 ini.


TIPS & ULASAN