Carian
Kad Grafik NVIDIA GT 1030 Kini Rasmi – Hadir Dengan Tanda Harga RM300
May 17, 2017 Nazrin

Tidak lama dahulu, kami ada menulis mengenai kad grafik NVIDIA untuk kegunaan HTPC, iaitu NVIDIA GT 1030. Ura-ura menyatakan ia akan hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik, termasuklah penggunaan GPU Pascal.

NVIDIA baru sahaja mengumumkan spesifikasi penuh kad grafik ini, dan ia hadir dengan kelajuan BoostClock 1468MHz, memori GDDR5 sebanyak 2GB dan tidak memerlukan penggunaan sebarang palam kuasa PCIe, dan hanya menggunakan kuasa dari port PCIe sahaja, mengambil kuasa sebanyak 35W.

Walaupun begitu, kad ini mempunyai beberapa ciri-ciri menarik yang sangat sesuai untuk sistem HTPC, termasuklah sokongan untuk paparan beresolusi 8K (7680×4320) melalui DisplayPort 1.4b dan juga port HDMI 2.0b (menyokong sehingga resolusi 4K).

Menurut pihak NVIDIA, kad grafik GT 1030 ini akan hadir dengan tanda harga $69 (RM300), dan akan hadir dalam rekaan rakan-rakan pembina seperti ASUS, MSI dan ZOTAC.

Komen