ABM : Sebaran Gangguan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Tidak Benar

ABM : Sebaran Gangguan Perbankan Kerana Ransomware Di Laman Sosial Adalah Tidak Benar

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Sepanjang hari ini, mungkin ada di antara anda yang menerima mesej melalui WhatsApp, Facebook dan sebagainya mengatakan ia adalah bahaya menggunakan perkhidmatan perbankan ATM mahupun secara atas-talian disebabkan oleh ransomware WannaCrypt. Bercakap mengenainya, pihak ABM (Association of Banks in Malaysia) mengumumkan hal ini adalah tidak benar.

ABM mengatakan semua perkhidmatan beroperasi seperti biasa buat masa ini. Walaupun mungkin terdapat beberapa ATM yang tidak berfungsi, ia adalah kerana penyelenggaraan yang biasa, dan bukannya gangguan disebabkan oleh ransomware seperti yang tersebar di laman-laman sosial.

Ia turut ditekankan yang mana semua bank komersial mengambil sekuriti sebagai salah satu perkara utama, dan sentiasa mengatasi pelbagai risiko berkaitan.

Sepanjang minggu ini, salah satu ransomware yang hangat diperkatakan dan menyerang sejumlah besar komputer diseluruh dunia adalah WannaCrypt. Ransomware ini menyerang dan membuatkan komputer pengguna tidak boleh digunakan sehinggalah membayar sejumlah tebusan – sebelum dapat mengakses dan menggunakan fail serta dokumen didalamnya.


TIPS & ULASAN