Aplikasi MyMaxis Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Aplikasi MyMaxis Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Mei 17, 2017 oleh .

Maxis hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini aplikasi mudah-alih mereka untuk pengguna iPhone, dimana melalui versi 6.0 untuk aplikasi Maxis, ia membawakan antaramuka yang serba baru.

MyMaxis iPhone

Antaramuka baru aplikasi Maxis untuk iPhone ini menawarkan rekaan berbentuk cards yang semakin popular dikalangan ramai perekabentuk. Melaluinya, seperti sebelum ini, pengguna boleh memantau penggunaan, melihat baki pembayaran, membeli pas internet, membayar bil dan sebagainya.

Selain antaramuka baru, sebuah halaman baru turut ditambah untuk membolehkan pengguna membuat pembelian digital daripada penyedia perkhidmatan seperti iFlix, Spotify, Netflix dan sebagainya.

Buat masa ini, antaramuka baru ini masih belum diperkenalkan untuk pengguna Android, dan hanya untuk pengguna iOS sahaja.

Muat-Turun MyMaxis untuk iPhone


TIPS & ULASAN