Android Device Manager Dijenamakan Semula Menjadi Find My Device

Android Device Manager Dijenamakan Semula Menjadi Find My Device

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Aplikasi Android Device Manager sedia ditawarkan oleh Google sejak beberapa tahun yang lepas, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna mencari dan mengetahui lokasi semasa peranti mereka sekiranya hilang atau tersilap letak – termasuk mengawal untuk ia mengeluarkan bunyi, atau mengunci peranti berkenaan.

Walaubagaimanapun, nama Android Device Manager mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna umum – apatah lagi dengan Android yang kini digunakan oleh majoriti besar pengguna seluruh dunia.

Find My Device

Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna memahami fungsinya, Google telah pun menjenamakan aplikasi berkenaan kepada nama baru, dimana dikenali dengan nama Find My Device. Langkah ini semestinya memudahkan pengguna umum lebih memahami ciri yang ditawarkan oleh aplikasi dan fungsi pada peranti Android ini.

Bersama-ama dengan penjenamaan semula ini, Google juga turut mengemaskini antaramuka aplikasi ini dan juga ikon untuk aplikasi ini.

Muat-Turun Find My Device untuk Android


TIPS & ULASAN