Cari @ Amanz

Google sedia memfokuskan pembangunan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan sejak daripada setahun dua yang lepas. Mereka sedia memperkenalkan Google Assistant sebelum ini yang mampu memberikan maklumbalas untuk pertanyaan anda berasaskan kepada input suara atau taip. Kini, pada Google I/O, Google turut memudahkan memberikan anda maklumbalas kepada pertanyaan dan carian info secara visual melalui Google Lens.

Google Lens menggunakan sokongan kamera pada telefon pintar, dimana pengguna hanya perlu menghalakan kamera ke sebarang perkara yang mereka ingin tahu, dan mendapatkan jawapan berkaitan dengannya. Sebagai contoh, anda boleh gunakan Google Lens dan bertanyakan apakah keluarga tumbuhan atau serangga.

Google Lens

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menghala ke kedai dan melihat pelbagai ulasan berkaitan dengan kedai berkenaan yang dijayakan melalui integrasi Google Maps.

Google Lens

Menariknya, memandangkan ia menggunakan sokongan pembelajaran pintar, maka ia akan memberikan balasan berasaskan konteks penggunaan. Sebagai contoh, sekiranya anda merakamkan gambar kata laluan untuk WiFi bersama SSID-nya, maka ia secara automatik akan memasukkan input kata laluan berkenaan dan log masuk ke rangkaian WiFi terlibat.

Google Lens

Google mengatakan melalui Google Lens, ia akan memahami apa yang anda inginkan, dan memberikan maklumbalas berdasarkan kepadanya. Seperti perkhidmatan Google lain, Google Lens juga akan diintegrasikan pada Google Assistant juga Google Photos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd