Cari @ Amanz

Android O sedia membawa beberapa ciri-ciri baru, dan Google juga dilihat memberikan fokus kepada rekaan baru penggunaan emoji pada sistem operasi berkenaan.

Emoji Android O

Pada Android O kelak, berbeza dengan watak blob yang digunakan sebelum ini untuk emoji, ia kini akan menawarkan rekaan watak dengan wajah bulat – lebih kurang seperti pada beberapa platform lain.

Google dilihat memberikan nafas baru pada hampir semua emoji yang hadir pada Android O ini. Sistem operasi akan datang daripada Google ini juga bakal menyertakan sokongan penuh untuk Emoji 5.0.

Android O hanya ditawarkan dalam bentuk beta sahaja buat masa ini, dan versi akhirnya dijangka hadir dalam masa beberapa bulan lagi.

Emoji Android O

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd