Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 7 akan dijual semula di beberapa pasaran terpilih dalam masa terdekat. Penjualan semula peranti ini pastinya dinantikan oleh pengguna yang amat memerlukan sebuah peranti premium dengan sokongan stylus. Laporan dari Korea Selatan kini mengatakan Note 7 mungkin akan dijula semula dengan nama baru Samsung Galaxy Note FE.

FE di sini ialah singkatan kepada Fan Edition, iaitu peranti yang mensasarkan peminat tegar siri Note. Sebelum ini terdengar laporan Note 7 akan dijenamakan semula sebagai Note 7R. Mungkin nama Note FE digunakan kerana nama Note 7 yang mempunyai reputasi yang negatif. Selain nama baru, Note FE akan mempunyai kapasiti bateri lebih rendah, menggunakan Android Nougat dan harga jualan yang lebih murah berbanding harga asal Note 7.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd