Cari @ Amanz

Menurut carta DXOMark, kamera Google Pixel adalah kedua terbaik di pasaran di belakang HTC U11. Walaupun terdapat beberapa laporan mengenai masalah seperti silau lensa, kamera peranti pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh Google ini menerima banyak pujian. Kemampuannya akan dipertingkatkan lagi dengan fungsi memadam objek yang tidak diingini.

Di Google I/O, demo fungsi baru ini diperlihatkan. Pagar yang berada di hadapan seorang kanak-kanak dipadamkan dari gambar yang diambil. Menurut Google, proses memadam objek yang tidak diingini ini dilakukan oleh sistem kecerdasan buatan. Ini sebenarnya bukanlah fungsi baru dan pernah kami lihat sebelum ini pada peranti keluaran HTC. Google masih belum berkongsi bilakah fungsi baru ini akan diterima pada peranti Pixel sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd