Insurans Hayat Sun Life Malaysia Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna U Mobile Pada Harga Mampu Milik

Insurans Hayat Sun Life Malaysia Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna U Mobile Pada Harga Mampu Milik

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Dalam tempoh dua minggu ini U Mobile telah menawarkan fungsi terbaru pada pelan telekomunikasi mereka. Baru sahaja mereka mengumumkan Roam-Onz untuk pelan Unlimited Hero P78 pada Selasa lepas, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Sun Life Malaysia dan menawarkan insurans hayat buat pengguna U Mobile.

Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia akan menawarkan insurans hayat dengan harga bulanan yang sangat rendah dengan pilihan Insurans Hayat dan Insurans Kemalangan. Menurut Sun Life, 5 dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans hayat dan dengan tawaran insurans menerusi U Mobile, ia sekaligus boleh memberikan perlindungan memberikan lebih lagi nilai untuk pelanggan kedua-dua jenama.

Menjadi kebiasaan U Mobile, pelan Insurans ini ditawarkan untuk kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar. Bagi menjayakannya, pelanggan prabayar boleh melakukan pembayaran menerusi penolakan kredit manakala bagi pelanggan pascabayar, ia akan dimasukkan ke dalam bil bulanan. Pelanggan U Mobile boleh menguruskannya menerusi aplikasi MyUMobile.

Buat masa ini maklumat lanjut berkenaan penawaran insurans ini masih dalam tahap persiapan, namun pihak U Mobile dan Sun Life mengatakan ia bakal ditawarkan seawal Oktober 2017.


TIPS & ULASAN