Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, Xiaomi dilihat bergerak lebih pantas dalam membawa masuk peranti mereka ke pasaran tempatan. Terkini, ia dilihat Xiaomi sudah dalam perancangan untuk membawa masuk Xiaomi Mi 6 ke Malaysia tidak lama lagi.

Buat masa ini, Xiaomi Mi 6 telah pun melepasi pengesahan Sirim – sekaligus memberikan mereka kebenaran untuk menawarkan peranti berkenaan di Malaysia.

Xiaomi Mi 6 merupakan telefon pintar terbaru daripada Xiaomi, menyertakan pelbagai spesifikasi terkini seperti Snapdragon 835 dan memori sehingga 6GB RAM, dan turut menggunakan dwi-kamera di belakang.

Sebelum ini, kami terdengar desas-desus mengatakan Xiaomi mungkin menawarkan ia di Malaysia dalam tempoh sekitar 3 bulan selepas pelancarannya. Dengan pengesahan Sirim ini, perkara berkenaan mungkin boleh direalisasikan oleh pihak Xiaomi di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd