Sekitar Pengumuman Google I/O 2017 – Android O, Google Assistant, Photos, Pembelajaran Mesin

Sekitar Pengumuman Google I/O 2017 – Android O, Google Assistant, Photos, Pembelajaran Mesin

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Google hari ini telah mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O 2017 yang mana memperlihatkan pelbagai perkara baru, dan hala tuju syarikat gergasi internet berkenaan. Sepanjang acara berkenaan, sejumlah perkara telah mendapat perhatian – tetapi menghubungkan kesemuanya adalah sokongan kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin daripada Google yang dilihat semakin berkembang secara positif.

Pihak Google sendiri menekankan perkara ini, dan menggunakan tema “Mobile First to AI First“.


YouTube VR Akan Menerima Sokongan Live Chat Dan Bilik Tontonan Maya

Realiti maya ialah teknologi yang sudah wujud lebih daripada tiga dekad. Tetapi hanya akhir-akhiri ini kualiti visual yang ditawarkan menerusi peranti maya adalah setanding dengan visi sebenar yang diidamkan. YouTube VR ialah salah satu aplikasi yang membenarkan pengguna menyelam ke dalam dunia maya. Di Google I/O dua fungsi baru diumumkan untuk YouTube VR. Fungsi pertama […]


Google Memperkenalkan Ciri “Smart Reply” Untuk Pengguna GMail Di Android Dan iOS

Google sebelum ini telah memperkenalkan ciri “Smart Reply” pada aplikasi Inbox mereka, yang mana menggunakan pembelajaran mesin dalam memudahkan anda memberikan respon ringkas untuk sesuatu emel dengan mudah. Melaluinya, mesin akan mempelajari dan memahami kandungan pada emel, dan menyediakan sejumlah pilihan jawapan ringkas yang boleh anda pilih dan menghantarnya terus kepada penghantar emel berkenaan. Kini, […]


Kamera Google Pixel Akan Mempunyai Fungsi Memadam Objek Yang Tidak Diingini Dari Gambar

Menurut carta DXOMark, kamera Google Pixel adalah kedua terbaik di pasaran di belakang HTC U11. Walaupun terdapat beberapa laporan mengenai masalah seperti silau lensa, kamera peranti pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh Google ini menerima banyak pujian. Kemampuannya akan dipertingkatkan lagi dengan fungsi memadam objek yang tidak diingini. Di Google I/O, demo fungsi baru ini diperlihatkan. […]


Vive Dan Lenovo Mengumumkan Peranti Realiti Maya Yang Beroperasi Secara Kendiri

Di dalam dunia peranti realiti Maya, HTC Vive dan Oculus Rift mempunyai kemampuan yang terbaik kerana membolehkan pengguna bergerak di dalam ruang tiga dimensi. Tetapi untuk menikmati kedua-duanya, pengguna perlu mempunyai PC dengan spesifikasi yang tinggi. Di Google I/O yang sedang berlangsung sekarang, Vive dan Lenovo mengumumkan peranti realiti maya terbaru mereka yang mampu beroperasi […]


Emoji Pada Android O Akan Diberikan Nafas Baru

Android O sedia membawa beberapa ciri-ciri baru, dan Google juga dilihat memberikan fokus kepada rekaan baru penggunaan emoji pada sistem operasi berkenaan. Pada Android O kelak, berbeza dengan watak blob yang digunakan sebelum ini untuk emoji, ia kini akan menawarkan rekaan watak dengan wajah bulat – lebih kurang seperti pada beberapa platform lain. Google dilihat […]


Google Kini Memudahkan Pencarian Pekerjaan Terus Melalui Enjin Carian Mereka

Google melalui Knowledge Graph sedia memudahkan proses carian dengan memaparkan info yang sepatutnya terus pada hasil carian tanpa anda perlu membuka sebarang pautan. Sebagai contoh, anda boleh membuat carian nama artis dan melihat info ringkas, membuat perubahan semakan mata wang, menyemak skor pasukan sukan kegemaran, melihat emel terkini pada GMail, dan sebagainya. Kini, melangkah setapak […]


Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah

Google sedia mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif peranti Android di seluruh dunia. Kini, dalam usaha membawa ia kepada lebih ramai pengguna, Google perlu menyasarkan negara-negara yang sedang membangun, dimana kebanyakkannya bergantung kepada peranti dengan spesifikasi asas atau rendah. Khusus untuknya, kini Google turut mengumumkan sistem operasi Android yang dioptimasikan khusus, atau boleh dikatakan versi […]


Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O

Pada acara Google I/O, semestinya salah satu sesi yang dinantikan ramai adalah berkaitan Android. Selepas memperkenalkan Android O Developer Preview tidak lama sebelum ini, hari ini pada Google I/O 2017, gergasi internet berkenaan turut mengumumkan penawaran Android O Beta. Melalui Android O, Google menawarkan beberapa ciri-ciri baru melaluinya, termasuk Project Treble yang telah diumumkan sebelum […]


Google Lens Diperkenalkan – Carian Pintar Menggunakan Rakaman Kamera

Google sedia memfokuskan pembangunan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan sejak daripada setahun dua yang lepas. Mereka sedia memperkenalkan Google Assistant sebelum ini yang mampu memberikan maklumbalas untuk pertanyaan anda berasaskan kepada input suara atau taip. Kini, pada Google I/O, Google turut memudahkan memberikan anda maklumbalas kepada pertanyaan dan carian info secara visual melalui Google Lens. […]


Google I/O 2017 : Ini Adalah Tiga Ciri Utama Yang Bakal Hadir Ke Google Photos

Google Photos merupakan aplikasi galeri dan pengurusan gambar daripada Google yang telah diperkenalkan sekitar dua tahun lepas. Salah satu ciri menarik yang hadir pada aplikasi ini yang tidak terdapat pada pelbagai aplikasi galeri lain adalah integrasi pembelajaran mesin dalam memilih gambar tercantik untuk album, memudahkan carian gambar, dan penawaran storan tanpa had melaluinya. Hari ini, […]


Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Google Assistant merupakan pembantu maya pintar yang dibangunkan oleh Google dalam usaha memudahkan tugasan pengguna, selain menawarkan “Google” peribadi untuk setiap orang. Google Assistant buat masa ini digunakan oleh lebih 100 juta pengguna seluruh dunia, dan Google hari ini mengatakan mereka juga turut dalam usaha membawa sokongan pembantu maya pintar ini ke semua 2 bilion […]


Kini Terdapat Lebih 2 Bilion Peranti Android Aktif Di Seluruh Dunia

Google pada hari ini telah memulakan acara Google I/O memfokuskan para pembangun dengan berkongsi pelbagai statistik semasa mengenai produk-produk dan perkhidmatan mereka. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa produk Google yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, termasuk seperti GMail, YouTube, Android dan sebagainya. Berkongsi hari ini, Google turut mengatakan yang mana penggunaan Google Drive dan […]


Android Device Manager Dijenamakan Semula Menjadi Find My Device

Aplikasi Android Device Manager sedia ditawarkan oleh Google sejak beberapa tahun yang lepas, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna mencari dan mengetahui lokasi semasa peranti mereka sekiranya hilang atau tersilap letak – termasuk mengawal untuk ia mengeluarkan bunyi, atau mengunci peranti berkenaan. Walaubagaimanapun, nama Android Device Manager mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna umum – apatah […]



TIPS & ULASAN