Lazada Melancarkan Lazada TV – Platform Membeli-Belah Melalui Tontonan Video

Lazada Melancarkan Lazada TV – Platform Membeli-Belah Melalui Tontonan Video

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Lazada sentiasa hadir dengan pelbagai medium menarik dalam memasarkan sesuatu produk yang dijual pada halaman mereka. Hari ini, mereka melancarkan Lazada TV iaitu platform saluran yang menempatkan pelbagai video menarik untuk mempromosikan sesuatu produk.

Melalui Lazada TV, pengguna dapat menikmati kandungan seperti unboxing, tutorial, dan ulasan sesuatu produk, dan seterusnya, membeli barangan tersebut secara terus melalui saluran tersebut. Melalui medium ini, pengguna dapat mengenali sesuatu produk dengan lebih dekat lagi selain memberi lebih keyakinan untuk membeli produk tersebut.

Bersama-sama dengannya, Lazada turut melancarkan kempen Riang Ria Raya yang menawarkan potongan harga sehingga 90%. Kempen ini bakal ditawarkan bermula esok sehingga 30 Jun ini dengan penawaran beberapa produk menarik seperti pakaian, gajet, dan peralatan rumah pada harga yang lebih berpatutan.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti saluran ini, Lazada TV akan ditawarkan bermula esok di laman lazada.com.my, dan seterusnya menikmati kemudahan membeli barangan melalui tontonan video.


TIPS & ULASAN