Rekaan Samsung Galaxy C10 Tertiris – Peranti Dwi-Kamera Pertama Samsung

Rekaan Samsung Galaxy C10 Tertiris – Peranti Dwi-Kamera Pertama Samsung

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Telah lama kedengaran Samsung akan menyokong sistem dwi-kamera pada peranti keluaran mereka. Ketiadaan fungsi ini pada Galaxy S8 dan S8+ adalah sedikit mengejutkan kerana ura-ura awal mengatakan ia akan dilengkapi sistem kamera ini. Peranti pertama Samsung dengan sistem dwi-kamera kini jatuh ke Samsung Galaxy C10.

Rekaan peranti ini akhirnya tertiris ke arena web. Sebelum ini hanya kerangka dan lakarannya sahaja tertiris. Dwi-kamera pada bahagian belakang Galaxy C10 terletak di bahagian tengah. Ini berbeza dari rekaan yang digunakan pada iPhone 7 Plus dan Huawei P10. Selain dwi-kamera, Galaxy C10 turut mempunyai butang khas untuk melancarkan Bixby. Tiada maklumat mengenai spesifikasi buat masa ini tetapi ia berkemungkinan besar diperkasakan pemproses Snapdragon 660.


TIPS & ULASAN