Cari @ Amanz

Google I/O sedang berlangsung dan ujian beta untuk Android O sudah bermula. Tetapi umum diketahui tahap penggunaan Android Nougat masih lagi di bawah 10% sungguhpun versi terkini Android kini sudah dimulakannya ujian. Bagi pemilik Honor 6X di Malaysia, berita baik hari ini ialah kemaskini ke Android Nougat mula diterima mulai hari ini.

Kemaskini ke Android 6.0 ini hadir serentak dengan kemaskini ke pelancar EMUI 5.0. Ini akan membawakan beberapa fungsi baru seperti multi window dan juga antaramuka yang lebih lancar. Pada awalnya kemaskini ini sepatutnya hadir pada suku pertama 2017. Tetapi adalah lebih baik menerimanya lewat dari tidak menerimanya langsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd