Cari @ Amanz

Pertelagahan di antara pihak Qualcomm dan Apple nampaknya kini kian buruk. Masalah yang melanda dua syarikat ini kini melibatkan pengilang yang menghasilkan iPhone dan iPad. Pihak Qualcomm telah mengeluarkan saman ke atas Foxconn, Pegatron Corporation, Wistron Corporation, dan Compal Electronics, Inc, empat syarikat yang menghasilkan peranti bagi pihak Apple.

Saman dikemukakan kerana mereka menghentikan bayaran royalti kepada Qualcomm atas arahan pihak Apple sekaligus melanggar perjanjian yang dipersetujui dengan Qualcomm.

Apple enggan membayar royalti kepada Qualcomm kerana menuduh syarikat tersebut mengenakan bayaran royalti yang tidak munasabah. Apple mengatakan Qualcomm memonopoli pasaran untuk cip peranti tanpa-wayar, dan pada masa yang sama tidak memulangkan wang Apple bernilai $1 bilion disebabkan Apple bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan. Pada masa yang sama, Apple turut meminta mahkamah untuk mengubah bagaimana Qualcomm mengenakan cas ke atas penggunaan teknologi mereka pada masa hadapan.

Qualcomm segera memfailkan saman semula kepada Apple kemudian meminta pihak FCC untuk menghalang iPhone dari diimport masuk ke Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd