Nokia 6, 5 Dan 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 Mei Ini

Nokia 6, 5 Dan 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Penantian untuk kembalinya jenama Nokia di Malaysia bakal berakhir. Peranti Nokia 6, 5 dan 3 disahkan akan dilancarkan pada 30 Mei ini. Ketiga-tiga peranti ini diumumkan untuk pasaran global ketika acara MWC 2017 yang berlangsung di Barcelona pada penghujung Februari lalu.

Nokia 6

Nokia 6 dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh. Nokia 6 menggunakan Android 7.1.1 stock dan dijual pada harga Euro 229 (~RM 1073).

Nokia 5 pula dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD HD,  pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh. Nokia 5 menggunakan Android 7.1.1 stock dan dijual pada harga Euro 189 (~RM 886).

Akhir sekali Nokia 3 pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD HD,  pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2650 mAh.Nokia 3 menggunakan Android 7.0stock dan dijual pada harga Euro 139 (~RM 652). Kesemua peranti ini mensasarkan jualan global pada suku ke-dua 2017.


TIPS & ULASAN