Carian
Oppo A77 Dilancarkan Dengan Kamera Hadapan 16-Megapixel
May 18, 2017 Effi Saharudin

Oppo melancarkan sebuah lagi peranti kali ini tiba giliran Oppo A77. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MT6750T, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 128 GB.

Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini. Dari segi rekaan ia mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam sepenuhnya.Sebuah pengimbas cap jari pula terletak pada bahagian dagu. Pra-tempahan akan bermula di Taiwan bermula esok dengan harga jualan NTD 10,990 (~RM 1574).

 

Komen